Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Kuthbah Hari Raya
Makan Time
Crossing Equator Ceremony
Lihatlah ketinggi ombak 5-7 meter, namun Pok Din tetap melakukan kerja beliau
Bowsprite membelah ombak
Belah ombak Atlantik Lagi
Kapal senget 45 darjah ke kanan
Senget Lagi
Bacaan GPS menunjukkan kapal Melintasi garis Khatulistiwa
Kelas Iqra
Bila Lautan Atlantik Tenang

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan pengunjung sailor1malaysia.blogspot.com . Moga kalaian dirahmatiNya dan kesempatan ini jua aku ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan salah dan silap. Aku masih ingat Ketika menyambut hari raya pada 2007 iaitu di Fortaleza, Brasil. 1 pengalaman yg tak mungin aku lupakan. Setelah berpuasa selama 14 hari merentasi Lautan Atlantik sejauh 1440 batu nautika, ombak setinggi 5-7 meter, amat menguji kesabaran dan ketanahan krew pada masa itu. Dan pada masa itu juga, buat kali pertama untuk pelayaran Krew kedua, kami melintasi garisan khatulistiwa (equator) iaitu pada garis 0°00.00' dan melakukan crossing equator ceremony. Setelah mengharungi perit dan getir semasa pelayaran tersebut, tanggal 12 Oktober 2007, iaitu hari kedua kami di bumi Brasil, kami bersama Duta Malaysia di Brasil, iaitu TYT Dato' Ismail bin Mustapha dan Isteri beliau menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama. Kata Dato' beliau dan isteri sanggungp terbang dari Rio De Jeneiro dimana Kedutaan kita berada, adalah untuk bersama-sama menyambut Hari Raya bersama-sama rakyat Malaysia iaitu kami. Sungguh terharu kami ketika itu. Walaupun jauh meninggalkan tanah air, masih ada rakyat Malaysia yang sudi menyambut kedatangan Hari Raya di sini. Ahoy!
3 Responses
  1. FdausAmad Says:

    Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek beb.

    Selambe..



  2. Anonymous Says:

    slamat hari raya


free counters