Bermulanya Pelayaran Mengelilingi Dunia






Tanggal 12 Mac 2007, maka dengan rasminya dan bermulalah espisod pelayaran Mengelilingi Dunia KLD TUNAS SAMUDERA bersama krew pertama bermula di Jeti Pusat Hidrografi Negara PHN di Pulau Indah menuju ke Port of Call yang pertama iaitu Colombo, Sri Langka dan ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor. Pelbagai ragam dan riak wajah keluarga dan krew yang mengikuti pelayaran ini semasa kapal beransur menginggalkan pelabuhan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Kuthbah Hari Raya
Makan Time
Crossing Equator Ceremony
Lihatlah ketinggi ombak 5-7 meter, namun Pok Din tetap melakukan kerja beliau
Bowsprite membelah ombak
Belah ombak Atlantik Lagi
Kapal senget 45 darjah ke kanan
Senget Lagi
Bacaan GPS menunjukkan kapal Melintasi garis Khatulistiwa
Kelas Iqra
Bila Lautan Atlantik Tenang

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan pengunjung sailor1malaysia.blogspot.com . Moga kalaian dirahmatiNya dan kesempatan ini jua aku ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan salah dan silap. Aku masih ingat Ketika menyambut hari raya pada 2007 iaitu di Fortaleza, Brasil. 1 pengalaman yg tak mungin aku lupakan. Setelah berpuasa selama 14 hari merentasi Lautan Atlantik sejauh 1440 batu nautika, ombak setinggi 5-7 meter, amat menguji kesabaran dan ketanahan krew pada masa itu. Dan pada masa itu juga, buat kali pertama untuk pelayaran Krew kedua, kami melintasi garisan khatulistiwa (equator) iaitu pada garis 0°00.00' dan melakukan crossing equator ceremony. Setelah mengharungi perit dan getir semasa pelayaran tersebut, tanggal 12 Oktober 2007, iaitu hari kedua kami di bumi Brasil, kami bersama Duta Malaysia di Brasil, iaitu TYT Dato' Ismail bin Mustapha dan Isteri beliau menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama. Kata Dato' beliau dan isteri sanggungp terbang dari Rio De Jeneiro dimana Kedutaan kita berada, adalah untuk bersama-sama menyambut Hari Raya bersama-sama rakyat Malaysia iaitu kami. Sungguh terharu kami ketika itu. Walaupun jauh meninggalkan tanah air, masih ada rakyat Malaysia yang sudi menyambut kedatangan Hari Raya di sini. Ahoy!

Kebesaran CiptaanNya

Ikan Lumba-Lumba

Ni salah satu gambar yang aku sempat rakamkan masa pelayaran merentasi Atlantik, menakjubkan, selama ni aku hanya mampu melihat di kaca tv, namun dengan IzinNya, aku terpilih dari 27 juta rakyat Malaysia mengikuti pelayaran ini. Ikan ni seolah-olah memahami kehendak kita pada masa itu, siap possing lae masa nak amik gambar, aku ada video, tapi, virus telah menghilang semua kenangan aku, nasib baik ada gambar2 ni, byk jenis ikan lumba-lumba yang aku nampak, lain lautan lain jenisnya, ikutilah blog ni, byk lagi pengalaman, suka-duka tempat org yang aku akan kongsi bersama. Ahoy!

Pelayaran Ulung Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA Mengelilingi Dunia


Krew 1 dan 2 bergambar bersama DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan

Dato' Azhar Mansor Menceritakan Pengalaman Beliau Belayar Solo Mengelilingi Dunia 1 masa Dahulu Sambil Menikmati Segelas Kopi Isue
Betapa kecilnya kapal ni kat tgh lautan luas
Manning the yardarm
1st & 2nd crew
Us

KLD TUNAS SAMUDERA merupakan satu-satunya kapal layar milik TLDM dan dah melatih lebih 18 tahun anak-anak muda Malaysia dan baru sekarang kapal ni digunakan untuk menyertai The Tall Ships' Races kat Laut Baltik yang disertai lebih kurang 115 buah kapal layar dari Eropah dan Amerika. KLD TUNAS SAMUDERA satu-satunya kapal dari Asia dan ni amat membanggakan.

Persediaan Sebelum Pelayaran

DCFF
Team Building
Training
Training lagi

Masa ni aku masih ingat betapa peritnya nak wat persedia diri dari segi mental dan fizikal. Nak bercuti memang tak dapat la. Bukan apa, suma kena adil, kena sama-sama rasa perit dan getir masa training. Rasa sabar n tak sabar pun slalu jer bermain di sanubari. Saper tak risau, kecik jer kita kat dunia ni. Ahoy!
free counters